Friday 9 December 2011


Apa punya suwey komunis DAP sekor nih? Dah la meracau nak naik kapai selam yang tak boleh menyelam dapat pulak hadiah malang ni..
kalau dalam cina percaya sangat dengan fungsui kalau dapat benda x elok alamat nak mampos..... ini mangkok ni menyambut hari jadi dapat benda benda kotor ... bermakna suwey la seumur hidup dia !!!

LGE jangan marah orang lain! marah bapak dia yang bagi benih komunis dalam diri ! itu sebab anak pun dah mula tunjuk perangai komunis..Tak percaya tanya putra merdeka.....

Thursday 1 December 2011

SAJAK LIM SWEE TIN

KD melihat sajak ini dalam fb post oleh papagege ..... terkenang tentang cina seorang.... samalah dengan seorang profesional sejarawan cina ian prof. Kho kay Khim tengnoklah apa kata nya

Sajak Bersatulah Melayu - Lim Swee Tin




Kalau nampak ada retak

Kerana retak hujungnya belah

Bimbang belah membawa pecah

Melayu itu tak mampu berpecah



Bersatulah Melayu

Melayu itu cermin

Dalam jernihnya kita menilik

Kita menilik mencari wajah

Wajah Melayu wajah kita



Bersatulah Melayu

Melayu itu lampu

Terangi jalan luas terbentang

Siapa cuba kaburkan suluh

Kelak hilang arah dan tuju



Bersatulah Melayu

Melayu itu payung

Payung jangan carik

Carik payung

Manakan lagi tempat berlindung



Bersatulah Melayu

Melayu itu pohon

Akarnya mencengkam bumi

Bumi ini pautan kasih

Kasih Melayu segala kasih



Bersatulah Melayu

Cari dan rangkalah jalan damai

Damai membuka pintu pertemuan

Pertemuan kelak merintis padu

Berpadulah Melayu, berpadu semua.



~ Lim Swee Tin ~



Lim Swee Tin merupakan salah seorang pengarang di Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam dunia kepenyairan. Beliau merupakan penerima S.E.A Write Award 2000 (penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand. Selain sering muncul di kaca televisyen mendeklamasikan puisi, penyair Lim Swee Tin turut giat memberi ceramah penulisan kreatif di dalam dan luar negara. Beliau pernah diundang mendeklamasikan sajak di Singapura,Indonesia, Thailand, Taiwan dan United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia(UPM).

Dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952. Dalam bidang penulisan, Lim cenderung menulis puisi. Karya awalnya terbit pada tahun 1973. Lim juga menghasilkan cerpen, novel dan tulisan-tulisan bercorak kesusasteraan. Pada tahun 1990, beliau mewakili negara pada acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau bagi program Penataran Karya Sastera selama hampir sebulan di Jakarta, Indonesia.

Antara karya yang telah diterbitkan ialah "Eva" (1981), "Akrab" (1985), "Menyusur Musim" (1991), "Seorang Anak Kecil dan Sajak-sajak Lain/A Child and Other Poems (puisi dwibahasa, 1993), "Masih" (1997), "Sebuah Fragmen Cinta" (1998) dan "Nyanyian Sepi" (puisi dwibahasa, 2000).

Lim Swee Tin pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83, 1986/87, 1988/89, Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra 2, 1983 melalui antologi "Akrab", hadiah kedua Peraduan menulis Cerpen dan Puisi 100 Tahun Kuala Lumpur, Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank, Hadiah Cerpen DBP-Maybank dan banyak lagi.

Puisi beliau berjudul "Ketika Kami Bercerita Tentangnya" telah dipilih sebagai teks puisi di dalam antologi "Anak Bumi Tercinta" yang merupakan antologi Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu bagi Tingkatan 3.



Karya

Berkelana di Belantara Kata
Bisik Pada Angin
Citra Kurnia
Memetik Mawar
Nota Waktu
Nyanyian Sepi (Mandarin)
Prahara Di Padang Karbala
Rindu Seorang Salina