Agak sukar untuk kita mendengar, seorang Cina menuduh parti kegemaran orang Cina masakini, DAP, sebagai perkauman. Agak janggal, dari sudut politik, melainkan kenyataan-kenyataan tulus dari pemerhati politik, seperti Prof Emiritus Khoo Kay Kim dan Ustaz Riduan Tee.
Buat sekian kalinya, ahli politik berbangsa Tionghua ini melabelkan sedemikian. Asasnya kukuh, apabila Tony Pua berkata bahawa apabila DAP menjadi “taiko” dan memerintah, kakitangan awam bakal dikurangkan jumlahnya.
Apa jua alasan, matlamat DAP sangat jelas. Iaitu meminggirkan orang Melayu dari arus pembangunan tanahairnya sendiri. Tidak perlu untuk Tony Pua memberi alasan “teknikal”, kerana taktikal DAP sudah dimengertikan oleh ramai, termasuk Tan Tee Beng, kecuali penyokong-penyokong PAS yang “malu” menjadi Melayu.
Dengan jumlah 90% penjawat awam yang berbangsa Melayu, tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan akan motifnya. Menurut Tan Tee Beng, apa yang diutarakan oleh Tony Pua tidak mempunyai pelan alternatif, atau dasar bagaimana pengurangan kakitangan kerajaan boleh menyumbang kepada kos efektif dan meningkatkan imej kerajaan.
Tentulah pendirian DAP itu tidak memerlukan sebarang penjelasan, kerana ia adalah sebahagian dari “pelan pengusiran orang Melayu”. Penguasaan ekonomi, rumah-rumah berkos tinggi sedang giat dilaksanakan yang bertindak sebagai “jigsaw puzzle” yang menunggu masa untuk menjadi kenyataan.
Inilah akibatnya dah tutup pemikiran sendiri untuk melihat kebenaran.....fikey la
No comments:
Post a Comment
TAK KISAH KATA LAH APA PUN... JANGAN MENYALAHI UNDANG 2 DAH LER...