Wednesday, 18 May 2011

Selamat Hari Guru.................. Adakah (16 mei Cikgu pandai cikgu Bodoh)

Tak lewat lagi 16 mei hari guru ... so selamat hari guru.......
Allah dah menentukan anda sebagai seorang guru.... Guru sekolah rendah, Guru sekolah menengah, Guru kepada Cikgu, Guru pelatih  , guru pj, guru masak 2,  guru kemas, guru taski , Cikgu Universiti, Cikgu tadika , cik gu memandu , guru agama , guru pondok, guru silat, guru kursus kahwin... Tak kiralah guru apa pun.... Guru adalah segalanya...Know everything..
Sampaikanlah apa yang kamu ada kepada anak murid mu.... Tak tahu baca buku.... Tengok Dalam internet,  Murid dikampung senang sikit ,   pendedahan kurang..... Murid dibandar kamu yang kurang...
Maaf saya bukan nak perkatakan ini!!!!!!

Sebenarnya  KD cuma nak ulang ucapan 16 mei dan menyatakan apakah kritikan guru yang KD kenal setelah pengumuman hanya penolong kanan sekolah Cluster saja yang mendapat menafaat disebalik kenaikan pangkat DG 34 pentadbir yang di umumlan..... Kata mereka guru cuma tolong tepok tangan saja atas kenaikan orang lain................Yang naik tu cuma 99 orang jer,......

Adakah Wajar?  adakah ini hanya politik ? Inikah nak memancing Undi?

Ya @ tidak tidaklah menjadi masalah kalau guru bersyukur....  sebelum ini kenaikan gaji guru pun dah OK ... 3 bulan keluar Institut  perguruan dah boleh keluarkan kereta ... Tak percaya ... ke?... Pergi tanya kat bank .. berapa ramai Cikgu utang ambil kereta  slip gaji pun belum boleh print lagi.....  Tapi yang Salah UMNO.. Yang salah Barisan Nasional .... Buat apa pun tak kena !!!!!! macam 2 dier org yang terlebih pandai sehingga menjadi guru ... yang mengajar guru yang lebih matang dari dia ..... Baru handle kedai koperasi sekolah dah pandai audit wang negara..... Baru pegang ketua panitia di sekolah rendah dah pandai nak  jadi ketua jabatan audit PAC.. macam cikgu Mala .... perasan........

Kerajaan buat apa pun salah... Macam KD dengar kritikan guru.... Kalau dah benci  ... tapi tak le semua guru...cuma cikgu yang macam Normala Tenang ,,, macam Cikgu Bard....dan yang seangkatan dengannya..
antaranya.........
1. Kalau bagi kad ucapan hari guru macam datuk Zahir Exco Perak @ mcm Dr Zambri hantar pada cikgu...Mereka mengatakan gunakan duit rakyat.  tak amanah
2. Kalau Tak bagi kad ucapan .... kata tak kenang jasa guru..........
3. Kalau bagi kek sempena hari guru untuk semua sekolah.... Mereka mengatakan berlagak ... macam dia lah yang kaya sangat ....
4. Kalau tak bagi kek macam tu di katakan pulak kedekut pahit.... Sekupang pun tak rasa .. asyik sapu dia sorang jer.....

Inilah guru di hari guru tahu 2011 ... Guru tukang tepok tangan  atas kenaikan pangkat pentadbir... kata mereka... 
Nampak sangat cikgu yang macam ni ketogori bebal , bodoh tak bersyukur.......
Tak sedar mereka mengajar English tak semena2 dapat 10% tak ingat ker... ............................................
Mengajar metametik dan sains tunggang langgang .. English tak reti dapat 10% gaji ... tak ingat kerrrr
Masok maktab dulu cuma gred 3 SPM  sekarang org. offer masuk OUM... untuk DG 41 ... tak ingat kerrrrr.
Inilah yang dikata kan bodoh sombong .... cakap merapu tak mahu kenang jasa orang...... tak mahu bersyukur kurniaan Allah........   semua yang jadi dia kata hasil usaha dia jerrrr......    Dia tak tahu .. tanpa izin Allah.... tanpa kerjasama keliling kita benyak benda tak menjadi......... walau kita hebat..... kita tahu segalanya...    Kita ni mengerti.....Know everything lah katakannnn!!!!!!! tapi sebenar haprak ... apa pun tak fikir.... apa tak tahu kena org temberang dulu......  tak tahu aper2   !!!! 
Yer la tu    .... Know everything but master of nothing.......Selamat hari guru 

Monday, 16 May 2011

Perwakilan Puteri UMNO Larut

Persidangan ini Dirasmikan oleh ahli majlis tertinggi UMNO Dato Hamzah Zainuddin Timbalan menteri perladangan dan komoditi. Ketua Puteri  Saudari Azariah Zainal Abibidin di puji oleh menteri kerana berani menjemputnya merasmikan mesyuarat perwakilan puteri UMNO Larut.




Cuma Timbul persoalan KD adaka Azariah menjadi tak berani kalau beliau menjemput Ketua Puteri UMNO Malasia . atau menteri 2 lain termasuk timbalan @ Presiden UMNO sendiri.?  Kenapa  perlu berani baru boleh menjemput Timbalan Menteri , Ahli MT malah ahli Parlimen sendiri? Ini persoalannya? Adakah Ketua Wanita Hajjah Sawifah HJ Yahaya tak berani maka dia menjemput Ketua Bahagian Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin atau adakah Anuar , ketua pemuda Larut juga tak berani lantas menjemput Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,,,, Kerana takut ?    Azariah seorang saja yang berani?  Hairan bin Ajaib?           Atau apakah idea agenda tersembunyi Dato Hamzah kerana keberanian itu... Atau sengaja cakap..................

KD rasa tak kira siapa kita akan bertemu musuh yang lebih penting dari perwakilan Puteri, Wanita @ Pemuda  untuk PRU 13 nanti iaitu puak 2 mata satu iaitu PAS dan PKR...

Persidangan Perwakilan Pemuda

Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Larut yang diadakan di Kampung Sungai Bayor di sertai oleh lebih dari 50 cawangan pemuda rata2 setiap cawangan mempunyai sekurang 2 nya 4 orang perwakilan.
Ucapan perasmian oleh ketua pengerakan Pemuda UMNO Malaysia  Saudara Khairi Jamaluddin. sepanjang ucapan beliau saya melihat kesungguhan beliau dalam menjana pemuda UMNO. Ucapan beliau tidak menunjukan sebarang rasa marah @ kecewa kerana tidak dilantik sebagai menteri , timbalan menteri mahupun pengerusi mana 2 syarikat.. Tidak seperti ketua pemuda Malaysia yang lain  Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi @ yang lain .. Sekurang 2 kurangnya pos pengerusi GLC masih ada dalam genggaman....
Saya percaya kebencian sebilangan  ahli  kepada Ketua Pemuda UMNO ini adalah kerana kegelojohannya merebut jawatan dalam masa yang singkat.... Namun begitu saya merasa beliau adalah antara  pemidato yang terbaik untuk Malaysia...
Kegelojohan dalam nak naik ini menampak beliau mempergunakan sopmebody yang berkuasa untuk  kepentingan politik beliau,
KD juga merasakan sebenar saudara KD dalam ujian. menentukan samada beliau bersabar @ tidak

Persidangan wanita

Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Larut Di Rasmikan Oleh Ketuan UMNO Bahagian Larut iaitu Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar. Ucapan beliau di kesan bagai ada nada2 kekecewaan yang tidak pasti .. Namun begitu mesyuarat berjalan lancar. Tahniah

MESYUARAT UMNO wanita, Pemuda dan putri Larut

14/mei 2011 Persidangan Perwakilan Wanita Bahagian Larut. Dirasmikan oleh Dato seri Raja Ahmad Zainuddin selaku ketua UMNO Bahagian. di serta juga  oleh Timbalan Ketua Bahagian Dato Hj Mohd. Daud Mohd. Yusof merangkap YB Dun Selama ....15 mei mesyuarat Puteri dan pemuda UMNO Larut.

Saturday, 14 May 2011

Reverse RAWNA... RKP....PAD...SAP.....fikirkanlah...


Dap yang mulakan isu perkauman dari dulu hinggalah sekarang. Terbaru di PRN Sarawak, mereka mainkan isu bible melayu, kerajaan pinggirkan kaum kristian, kebebasan agama terhad di Malaysia kalau BN ini kerajaannya, hingga menimbulkan bibit kebencian yang kekal terhadap kerajaan BN.

Kemudian timbul lagi satu kes berkenaan 'Majlis gabungan paderi-paderi' yang ditaja oleh Jeff Oii (ahli parlimen Dap Jelutong sendiri) yang berikrar mahu menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi Malaysia dan PM Malaysia terdiri daripada orang kristian. Apakah in bukan satu isu perkauman? Apakah ini bukan isu rasis?
bacalagi
Nak bunuh pun ada ...Ada org. rancang nak bunuh anwar .... Keta dia rosak...
Baca lagi
Tak ke gila punya kerja ... yang sampai nak bubuh 2 ni apa nama ni.... Tapi ada pulak yang perangat dia supaya pandi kutty  @ anak babi
Baca lagi

Dari link diatas sebenarnya KD merasa satu yang teratur... Bukan cacamarba .... Kena fikir terbalik... Macam nama ANWAR ditulis RAWNA... PKR jadi RKP  PAD utk DAP dan  SAP utk PAS.

Anwar adalah pakar strategi menggabungkan extrem agama keterlaluan bagi mengendurkan keagamaan mereka sehingga menjadi PAS FOR ALL dengan DAP parti anti Islam, Kuat dengan benda haram supaya menghapuskan anti Islam seketika tetapi hanya menunjukan UMNO sebagai Rasis yang anti kristian..

SIAPA kah yang mereka cari?.....
Dulu betul  hanya Pas yang menentang UMNO kerana UMNO tak Islamic... DAP menentang MIC , MCA, GERAKAN dan lain 2 parti kompenen

Tetapi kini semua mencari  UMNO ... UMNO  tak tolong , DEB untuk pemimpin UMNO ,  pemimpin UMNO rasuah, pemimpin pecah amanah, pemimpin UMNO tak ada kelulusan , pemimpin UMNO tak reti Agama,.....  MIC , MCA Gerakan @ PPPP serta lain2 komponen , malah Barisan Nasional tak payah kata apa pun cukup kata pada UMNO biar pemimpin UMNO dibahagian @ cawangan kasi lemas....

Persatuan yg ada ahli UMNO, Surat khabar yg dibaca oleh kepimpinan UMNO semua, TV yg di tomton oleh ahli UMNO semua RASIS......

Sebenarnya , apa yang KD nampak ia adalah idea politik yg cukup hebat, terancang, sengaja di sediakan perkara yang menyakitkan hati pemimpin UMNO di war 2 kan agar pemimpin UMNO marah, sakit hati..
Perkataan Allah menyakitkan hati pemimpin UMNO bila hendak digunakan kepada semua agama, Negara Kristian menambah sakit hati itu.... Kenapa Pas yg ekstrim tak komen apa2.. UMNO jer.... Jelas DAP dan PKR nak menunjukan UMNO parti yang tak boleh bincang dalam semua hal... Apa kata ahli MCA, MIC, @ apa komponen memang UMNO parti yang tak boleh bincang ... Kita org sudah lama sama UMNO...

terpengaruh gak ... tambah lagi lu org apa dapat....  
Kesian Dato sri Sammy ... jadi presiden lama .. usha lama  kerja lama untuk bangsa dia .. Keluarkan dari kepompong lama ... Keluarkan dari estet  , janakan satu rumah satu profrsional...  tak berjaya ka ??????
Tidakkkk   ,,,, seperti yang dirancangkan ,,, org india berjaya ... berbagai2 perkara,,, jadi Lawyer. ingineer. doktot    .....malah ahli muzik pun ada..... Semua boleh buat duit banyak 2,,,,,  fikir lah ... kan anda dah bijak..
Tak kan lah semua nya YB UMNO kena kasi... tapak rumah tak ada ....cari borang .. minta lah sendiri  tak kan lah YB UMNO nak tanya U ada tapak....... mari amek ... saya kasi... tentulah tak menasabah .... kan kerajaan dah lantik profesional.. pejabat tanah  untuk uruskan...  Tak dapat masuk Universiti... kan  dah ada UPU untuk pilih,  Tak dapat masok paip air ... mintalah pada JBA   semua orang bebas memohon .. dapat atau tidak .. itu Profesional punya kerja...

Inilah idea nya... disini perangat ... disana bubuh gas.... situ curah minyak..... ada pula yang longgokan daun2 kering....  semuanya khas untuk api.. api kasi eakyat marah , benci , berontak , pecah...
Org. India dan Cina  tentu marah ..lu apa dapat..marah pada kerajaan,  bagi lagi tentang agama .. org melayu marah... bangkitkan tentang agama lain cina dan India marah ....

Siapalah yang pernah menyekat org Cina memasang khemah dijalan @ main alat muzik hingga malam hari ketika kematian/ Malah main judi pun polis tak tangkap kerana budaya mereka...Siapalah yang pernah marah orang India bergerak dan menari di jalanraya serta  memecah kelapa ketika Thaipussam .... Bila duit dah banyak Sammy yang tolong pun dilupakan ,,,,
Bagi KD itu lah cara DSAi bagi org, marah ..... Ada benda yg boleh di layan ada yg tak boleh... KD percaya DS Najib boleh handle ... macam One Malaysia .... Fikirkan ... Malaysia sebagai satu badan Manusia .......... ada kaki , ada tangan , ada kepala , ada badan....    Tangan bekerja,... Kaki membawa kemana 2. otak berfikir, kepala disikat rambutnya ..... Badan menikut sahaja, hanya sekadar cover.....
Tetapi yang pakai baju mahal badan , yang pakai seluar mahal di ponggong ,,, malah yang pakai kasut  lanvin adalah kaki .... apa kah yang dipakai dikepala  sedangkan kepala berfikir untuk tuanya kaya ,,, dapat makan sedap ... tapi dapat mulut berasa kenyang malah perut yang rasa.... tapi ketahuilah oleh kita bila makanan dicerna semua bahagian badan dapat merasa .... tapi awas mulut ... kalau engkau lebih makan nanti kaki engkau kena potong... kencing manis....
Tak adil lah kita kiranya kasut di pakai di kepala... @ baju di pakai di ponggong @ topi di pakai di lutut.....
Inilah One Malaysia.....Beri pada tempatnya ... walau berbeza kita masih satu badan... ada kerja sama .. ada yang dapat ... ada yang tak dapat... Kepala walaupun duduk diatas tapi tak mampu menandingi harga  apa yang dipakai oleh badan  , ponggong, kaki .......Tangan walaupun bekerja di tengah panas .. tapi ada bahagian tangan yg tak kena tutup baju pun seumur hidup... Fikir2 kan lah



 

Pengkhianatan ....... Kerajaan Perak rugi.

KD terpanggil bagi menyatakan kekecewaan dan penderitaan kawan lama KD seorang pesara tentera yang mengakibatkan kerugian keatas Kerajaan Negeri Perak akibat dari pengkhianatan orang2 tertentu. Sahabat lama KD sebenarnya seorang pengusha pasir yang sebelum ini merupakan seorang bekas penyokong PKR tetapi telah beralih arah menyokong Kerajaan BN telah KD temui dan menyatakan kekesalanya terhadap perkara ini sewaktu menyelusuri sekitar Selama  sebelum tiba di Sungai Tengas.


Encik Alias Hashim dalam nada sedih telah menyatakan betapa pihak Pejabat Tanah Daerah Selama tidak mengeluarkan doket untuk sejumlah besar pengusaha pasir  di kawasan Larut Matang dan Selama walaupun telah mendapat kebenaran kelulusan dari pihak JPS. 

Menurut Encik Alias , beliau telah berkali2 pergi ke Pejabat Tanah Daerah Selama , tetapi jawapan yang di berikan hanyalah kerana Pejabat Tanah Galian Ipoh tidak membenarkan doket ini dikeluarkan kepada 15 syarikat pengusaha pasir yang dipilih di  Larut Matang dan Selama sahaja,  Pengusaha lain di benarkan untuk tempoh sebulan dan disambung sebulan untuk seterusnya. Beliau telah pergi ke Pejabat Tanah Galian di Ipoh untuk mendapatkan penjelasan yang tepat tetapi jawapan yang diperolehinya ialah akan diberikan.

Beliau menyatakan  terpaksa menanggung kerugian kerana ini sehingga kini selama 5 bulan sejak awal tahun 2011. Antara kos yang ditanggungnya ialah penyewaan tapak longgokan pasir, Peralatan dan tenaga kerja.
kerudian ini berlarutan hingga kini.  Beliau menjelaskan pihak Pejabat Tanah memiliki lebihkurang RM 50 000 apabila beliau mula mengusahakan  sejak 10 tahun yang lalu. Apabila doket ini tidak di keluarkan menjadikan semua jumlah yang menghampiri RM 5 juta apabila dikira bagi 15 pengusha dalam masa 5 bulan dapat digunakan untuk pembangunan negeri Perak di bawah kepimpinan Dato Dr Zambri.

Beliau menegaskan ini kemungkinan adalah  salah satu teknik yang digunakan oleh saki baki ahli pembangkang yang terdapat dalam PTG untuk menunjukan Kerajaan Barisan Nasional tidak berperi kemanusiaan dan seterusnya membuatkan pengusha2 pasir membenci kerajaan. Tambahan pula kedudukan mejoriti yang terdapat di dua dun berdekatan iaitu dun Selama dan Kubu Gajah amat tipis. Beliau amat berharap agar pihak pejabat Menteri Besar dapat mengambil tindakan yang wajar terhadap perkara ini. Kerana katanya pihak PTG  sengaja melambat2 kebenaran ini dan berupaya menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan  dan seterusnya  memberikan undi kepada pembangkang dan menjaminkan pihak pembangkang akan menjadi mejoriti yang lebih selepas pilihanraya nanti di DUN Perak.