Saturday 26 March 2011

Pesuruh jaya pas Perak kata


Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain berpendapat  pendidikan yang diperlukan di Malaysia bukan yang bersifat persaingan merebut gred tertinggi atau pensijilan yang cemerlang semata-mata, Pendidikan juga bukan jenis mengejar kecemerlangan akademik yang keterlaluan.
Menurut beliau, kerajaan Malaysia hanya berpura-pura dalam pendidikan yang bertaraf dunia. Mengujudkan Universiti yang hanya bermegah dengan budaya ghairah kepada sijil bukan teruja untuk menghayati ilmu.Melahirkan remaja yang tidak punya idealisme melainkan hanya untuk mengejar kerjaya mudah. Mencetuskan generasi pelajar yang tidak punya kepedulian kepada keadaan masyarakat . Pendidikan yang mengeluarkan generasi tempang akhlaq dan lesu jatidiri. Pendidikan yang mengujudkan pengajaran dan pembelajaran sebagai suatu yang membebankan bukan suatu yang mengembirakan.
Beliau menyatakan, pendidikan yang kita perlukan ialah sebuah pendidikan yang membina manusia sebaiknya dari segenap segi samada ilmu , emosi , akhlaq dan kemahiran.
Malaysia memerlukan, pendidikan yang mampu membentuk remaja yang berupaya dari sudut ketrampilan diri, matang dari segi emosi dan berfikir serta bersedia berhadapan dengan cabaran semasa. Kita mahu pendidikan yang melahirkan kanak-kanak dan remaja yang sihat mental , cergas fizikal , kukuh rohani dan matang emosi, jelas beliau.
Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menyeru agar reformasi dalam pendidikan perlu dilakukan, reformasi pendidikan yang membina potensi insan untuk mencapai kecemerlangan yang menyeluruh sebagai khalifah yang bertanggungjawab dan mengamalkan gaya hidup yang berintegriti dan bermoral mulia.
Beliau menyatakan PAS sentiasa bekerja untuk membina warga pendidik yang membina teladan dalam sahsiah dan penuntut yang menyerap teladan sehingga menjadi insan mithali dalam berilmu dan beramal.
Memetik ucapan beliau, “ Kita mahu mengujudkan institusi pendidikan tinggi yang melahirkan graduan lepasan universiti yang menjadi pengkritik sosial yang sihat yang mengutamakan kebajikan masyarakat , keadilan sosial , integriti kepimpinan yang murni dan  keluhuran moral masyarakat”.
“ Kita mahu mengujudkan universiti yang menjadi tapak berkembang intelektual kritikal , terhimpunnya ilmuan yang merasa bebas untuk mempersoalkan institusi berkuasa tanpa bimbang dimangsakan”.


KelisaDuri  teringat betapa bodoh dan biolnya pas kerana berterusan menentang etems sehingga menyebabkan etems terpaksa dibatalkan kerana kepentingan politik kerajaan. Pas bukan bercakap untuk kepentingan rakyat tetapi hanya untuk kepentingan UNDI.
Apakah baiknya  etems ,   
     Dengan adanya etems bahasa inggeris dapat dipertuturkan dengan lebih meluas. Contohnya kiranya masa pelajaran bahasa inggeris itu cuma 9 masa seminggu . apabila ditambah dengan sains 4 masa dan matematik 7 masa  menjadikan keseluruhan masa penggunaan wajib bahasa inggeris menjadi 21 masa . oleh kerana terpaksa menggunakan bahasa inggeris tentu saja pelajar akan terus menggunakannya sehingga mahir. Seorang yang mahir b.i pun akan menjadi lemah apabila ia tidak menggunakannya dengan lebih banyak masa
. Kenapa kita perlu mahir bahasa inggeris? Di sinilah jelasnya kelihatan kebodohan pemimpin pas........
Semua pembaca tahu banyak buku 2 ilmuan islam telah hancur, dibakar, dimusnahkan atau dimakan anai2. adakah benar..... Tidak    sebenarnya  buku2 karya cendikiawan islam itu telah dibawa ke Eropah dan semua diterjemahkan kebahasa Ing. dan yg berbahasa arab di musnahkan..Siapakah yg akan menterjemahkanya kedalam bhs. Melayu sekurang2 agar manusia akan datang mengetahui bnahawa penulis asal buku itu ialah org. islam.
Kefasihan untuk berbahasa ini juga membuka ruang untuk anak 2 akan datang untuk bersaing diperingkat global.   Wah, wah wah kenapa jepun boleh x payah guna bahasa Ing. pun? Tentu dah... Jepun negara maju dah  .... dia pun pernah menjajah negara kita ... tapi kita jajah siapa, dengan sesama bangsa kita pun x boleh tolak ansor ... Asal benda org. buat semua sa;lah. x betul. Tipu rakyat asal kan dapat undi ... Bukan untuk kepentingan rakyat....
Sepatutnya pemimpin pas pikirlah apa yang penting untuk rakyat bukan untuk dapat undi semata2. ...
TAPI NAK BUAT MACAM MANA DAH MEMANG PEMIMPIN PAS HANYA NAK CARI UNDI BUKAN UNTUK KEBAUKAN RAKYAT. JADI PESURUH JAYA PAS X PAYAH KELAM KABUT NAK BETULKAN SISTEM PENDIDIKAN KERAJAAN BUAT, BANGKANG SAJA  CARI ALASAN TIPULAH RAKYAT.. SUPAYA RAKYAT TERUS BODOH    

No comments:

Post a Comment

TAK KISAH KATA LAH APA PUN... JANGAN MENYALAHI UNDANG 2 DAH LER...