Monday 18 April 2011

YANG BENER.........

bloger satu Melayu
ISU video seks seorang pemimpin utama pembangkang yang telah jadi ‘kes polis’ kerana laporan polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim telah selesai disiasat dan sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada Peguam Negara.

Berdasarkan aduan Anwar, kes disiasat mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan ‘mengedar bahan lucah’.

Justeru, kes ini beralih kepada individu yang mendedahkannya, iaitu Trio Datuk T - bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, “Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah.”

Acryl Sani Abdullah Sani
 Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata, polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

“Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu,” katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Trio Datuk T bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

“Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu,” kata Acryl.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai ‘Datuk T’ di Carcosa Seri Negara.

Misteri ‘Datuk T’ yang bermaksud ‘Trio’ itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Sebahagian adegan yang tersiar di Youtube
Penjelas ini memberi maksud bahawa satu lagi kes yang membabitkan Ketua Pembangkang – Anwar Ibrahim, akan berada di mahkamah.

Bagaimanapun, kes ini tidak melibatkan Anwar secara terus sebaliknya membicarakan tuduhan terhadap Trio Datuk T kerana mengedarkan video lucah yang didakwa pelaku lelakinya ialah seorang pemimpin utama pembangkang.

Maknanya, apabila kes dibicarakan, Datuk Eskay akan menceritakan dengan panjang lebar bagaimana rakaman video seks itu dijumpai, di mana dan yang penting dengan siapa dia ketempat itu serta untuk tujuan apa mereka kesitu.

Ada kisah menarik yang bakal terdedah di mahkamah nanti.

Dan yang paling menarik ialah adakah Anwar Ibrahim benar-benar terlibat atau sekadar konspirasi oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai Trio Datuk T.
 
KelisaDuri Setuju sangat perkara ini diambil tindakan ... Pembawa video ini dibicarakan,..... Atas kesalahannya ... Jangan mencari kredit untuk kepentingan diri..... Tuan 2 boleh sekadar sokong saja..... Biarkan tenaga baru dijana untuk menghapuskan keburukan orang lalu....Ini menjelaskan polis bertindak wajar tiada sesiapa yang menjadi kebinet mengarahkan supaya rakyat perlu menyokong siapa

No comments:

Post a Comment

TAK KISAH KATA LAH APA PUN... JANGAN MENYALAHI UNDANG 2 DAH LER...